Showing posts with label Corat-Coret. Show all posts
Showing posts with label Corat-Coret. Show all posts

Wednesday, November 4, 2009

Rumah ALLAH Vs Bilik VVIP

Pada 25 haribulan yang lepas, bayu telah pergi ke Masjid Negara kita. Mmmm….itulah kali pertama bayu menjejakkan kaki di sana. Memang sudah lama mengidamkan untuk ke sana namun tidak pernah kesampaian. Akhirnya tercapai juga impian untuk ke sana. Itu pun kerana bayu menemani abang bayu untuk mendaftar kursus kahwin di sana. Kalau tak, lama lagilah gamaknya dapat ke sana.


Sewaktu menunggu abang bayu yang pergi ke ruang pendaftaran, bayu pun mengambil kesempatan untuk melihat-lihat persekitaran Masjid Negara. Cantik, nyaman dan damai. Ahh..sememangnya itulah yang akan dirasai di semua rumah Allah bukan?
Bayu terus berjalan dan berjalan dan berjalan lagi. Dan kemudian bayu pergi lah ke papan penunjuk. Ceh terbaliklah pulak. Sepatutnya pergilah tengok papan penunjuk dulu baru berjalan-jalan. Bayu pulak buat yang sebaliknya. Nak diteruskan cerita, tengah tengok-tengok papan penunjuk tu bayu terbaca Bilik VVIP. Aik…! Masjid pun ada bilik VVIP ke? Tanya hati bayu. Bukan ke dekat masjid ni sepatutnya (diulangi SEPATUTNYA) tempat beribadat. Semua hamba-Nya sama sahaja. Xda yang istimewa2 dah kecuali…………orang yang paling bertaqwa disisi-Nya. Naaaahhhh….jadi kenapa di rumah Allah ini ada tampat istimewa untuk orang yang berdarjat (di dunia jer… di akhirat x taulah pulak kn nasib dia).


Ishk…ishk…ishk… kalau pun nak buat tempat berehat, nu haaa ruang masjid tu cukup luas dan besar. Banyak ruang. Apa kata abang bayu, penat dia berjalan nak ke tempat pendaftaran kursus kahwin je. X round tempat lain lagi tu. Hah…kan besar tu Masjid Negara kita. X payah buat ruang2 khas dah untuk depa VVIP tu. Kasi jer duduk kat ruang solat. Barulah dikatakan hamba-Nya yang beriman. Rendah diri. Dekat masjid tu patutnya buanglah segala pangkat dan nama tu. Allah x pandang pun. Yang Dia pandang adalah amal ibadat kita. Hati kita. Itu yang utama dan patut diutamakan.


::: (@_@) :::

Tuesday, September 29, 2009

Raya, Pernikahan Sahabatku dan Konvo

Raya
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Puji-pujian hanya bagi Allah yang telah mengizinkan bayu untuk pulang berhari raya bersama keluarga. Hati gembira tak terkata. Bertemu mak dan bapa yang telah lama tidak berjumpa. Walau sekejap cuma, namun tetap bererti. Sejak tiba di rumah pada 17 september, hari bayu dipenuhi pelbagai aktiviti sehingga bayu terlupa untuk menghubungi sahabat2. Maafkan ku teman. Semoga kalian berbahagia di samping keluarga. Dan....pada raya kali ini, bayu rasakan ada perbezaan pada diri bayu. Ya......bayu begitu ramah menjemput jiran tetangga dan saudara mara untuk dtg berziarah ke rumah. Dan kali ini juga, kerana terlalu banyak rumah yg diziarah, kaki bayu sampai melecet. Jika bukan kerana majlis konvo pada minggu akan dtgnya, sudah pasti bayu tidak pergi ke semenanjung semula. Memikirkan itu, bayu memaksa diri walau terpaksa berjalan terhencut2.

Mina Sah Menjadi Isteri
Pada hari raya kelima, sahabat baik bayu Siti Amina binti Soga selamat diijabkabulkan dengan suaminya di Masjid Al-Kauthar, Tawau. Semoga kau berbahagia sahabatku. Dan semoga rahmat Allah sentiasa memayungi 'masjid' yang dibina.

Konvo
Niat di hati juga........ ingin menjemput mak dan bapa untuk hadir ke majlis konvo pada 4 oktober ini. Walaupun harapan cuma 50% atau pun........ 30% saja, harapan tetap diluahkan agar mereka hadir. Ah.....jangkaan bayu tidak meleset langsung. Mak dan bapa tidak dapat hadir. Walau ada sedikit rasa kecewa, namun bayu berjaya memujuk hati, kerana bayu memang sangat mengerti kemampuan keluarga. Tidak mengapalah. Itulah suratan yang telah tertulis.

Monday, September 14, 2009

SaLAm aIDilFiTRi

Ramadhan tinggal beberapa hari saja lagi. Bayu pula akan pulang ke kampung untuk beraya. Tak sabar rasanya. Seingat bayu, sejak mula study di Kedah dulu, tak pernah sekali pun bayu menyambut raya puasa bersama keluarga. Asyik2 pergi tumpang rumah dan negeri orang untuk beraya. Pulang ke Sabah pun, rasanya ini kali pertama selepas dua tahun. Sebab tu rasa excite sangat nak balik.


Justeru itu, dikesempatan ini bayu ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua sahabat2 dan pembaca blog ini. Ampun dipinta andai ada salah dan silap serta kekasaran sama ada dilakukan secara sengaja atau tidak. Semoga kalian semua berbahagia di hari yang mulia itu nanti.

Thursday, August 27, 2009

Puasa Oh Puasa


Terkejut besar bayu bila sepupu bayu menceritakan tentang segelintir pekerja wanita di tempat kerja bayu dengan selambanya membawa makanan masing2 ke kantin dan makan. Biar betul mereka ini... First time bayu dengar adanya golongan yang sebegini, dengan berani dan tidak malu langsung, menyertai orang bukan Islam di situ. Bayu juga turut berasa malu dengan kegiatan mereka. Lagi-lagi bila kawan2 bukan Islam bayu mula bertanya. 'Kenapa Kak A tu x puasa? Sejak dulu lagi dia x pernah puasa?' soal Via kawan bayu... Bayu diam, berfikir nak jawab apa. Kenalah bagi jawapan yang tidak memalukan sesiapa. Itu baru 1 kes, ada ramai lagi yang tak puasa dan terang-terangan makan di kantin. Bayu berfikir, 'inikah budaya orang Islam di sini? Tidak malukah mereka dengan orang Islam dan bukan Islam yang melihat aktiviti mereka itu? Tidakkah mereka diajar supaya walau pun dalam keadaan haid, mereka tidak sepatutnya menunjuk2 makan di khalayak ramai?

Teringat bayu masa kecik2 dulu. Ibu bayu walau pun tidak berpuasa, dia tidak pernah makan dihadapan kami, memang ibu bayu tak makan pun. Cuma minum jer, itu pun time kami x nampak. Itulah yang bayu belajar dari rumah. Jangan makan depan orang lain di bulan Ramadhan. Sebagai tanda menghormati orang yang berpuasa dan menghormati bulan Ramadhan yang mulia. Ibu memang lah tak cakap dengan bayu, tapi bayu belajar dari amalan dan budaya di rumah.

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan Ini & Coretanku

Ramadhan datang lagi...
Selamat datang bulan Ramadhan........bulan yang penuh kemuliaan, kerahmatan dan keberkatan padanya. Pastinya, ramai yang mengalu-alukan kedatangannya. Dan pastinya juga, masing2 sudah memasang niat dan matlamat yang tersendiri. Ada yang ingin membanyakkan amalan....menggandakan pahala. Ada juga yang ingin mengurangkan aktiviti yang tidak mendatangkan faedah dan menambahkan dosa saja. Lebih 'hebat' lagi...ada yang sudah merancang untuk berbuka puasa bersama2 orang yang dicintai...kekasih hati. Baguslah tu konon....Menyampah betulll...Merosakkan suasana dan pemandangan di bulan Ramadhan saja.
Teringat kembali ketika berpuasa di kampus dulu. Rindu pula rasanya. Bersahur bersama.....berbuka berjemaah.....solat tarawih di masjid....tadarus al-Quran.....dan yang best...ada sahabat yg mengejutkan untuk bangun malam untuk solat sunat. Semangat pun lebih sikit. Huhuhuhuuuuu.....Moga2, Ramadhan kali ini bayu mampu menggandakan amalan. Maklumlah, dah hidup sorang2 begini, ikut haluan sendiri..tanpa sahabat, siapa yg akan mengingatkan jika terlalai dan lupa???Sendiri mau ingatla...
Walau apa pun, bayu mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua. Sama-samalah kita mengumpul pahala di bulan rahmat ini.
::: (*_*) :::
PEACE