Wednesday, November 4, 2009

Rumah ALLAH Vs Bilik VVIP

Pada 25 haribulan yang lepas, bayu telah pergi ke Masjid Negara kita. Mmmm….itulah kali pertama bayu menjejakkan kaki di sana. Memang sudah lama mengidamkan untuk ke sana namun tidak pernah kesampaian. Akhirnya tercapai juga impian untuk ke sana. Itu pun kerana bayu menemani abang bayu untuk mendaftar kursus kahwin di sana. Kalau tak, lama lagilah gamaknya dapat ke sana.


Sewaktu menunggu abang bayu yang pergi ke ruang pendaftaran, bayu pun mengambil kesempatan untuk melihat-lihat persekitaran Masjid Negara. Cantik, nyaman dan damai. Ahh..sememangnya itulah yang akan dirasai di semua rumah Allah bukan?
Bayu terus berjalan dan berjalan dan berjalan lagi. Dan kemudian bayu pergi lah ke papan penunjuk. Ceh terbaliklah pulak. Sepatutnya pergilah tengok papan penunjuk dulu baru berjalan-jalan. Bayu pulak buat yang sebaliknya. Nak diteruskan cerita, tengah tengok-tengok papan penunjuk tu bayu terbaca Bilik VVIP. Aik…! Masjid pun ada bilik VVIP ke? Tanya hati bayu. Bukan ke dekat masjid ni sepatutnya (diulangi SEPATUTNYA) tempat beribadat. Semua hamba-Nya sama sahaja. Xda yang istimewa2 dah kecuali…………orang yang paling bertaqwa disisi-Nya. Naaaahhhh….jadi kenapa di rumah Allah ini ada tampat istimewa untuk orang yang berdarjat (di dunia jer… di akhirat x taulah pulak kn nasib dia).


Ishk…ishk…ishk… kalau pun nak buat tempat berehat, nu haaa ruang masjid tu cukup luas dan besar. Banyak ruang. Apa kata abang bayu, penat dia berjalan nak ke tempat pendaftaran kursus kahwin je. X round tempat lain lagi tu. Hah…kan besar tu Masjid Negara kita. X payah buat ruang2 khas dah untuk depa VVIP tu. Kasi jer duduk kat ruang solat. Barulah dikatakan hamba-Nya yang beriman. Rendah diri. Dekat masjid tu patutnya buanglah segala pangkat dan nama tu. Allah x pandang pun. Yang Dia pandang adalah amal ibadat kita. Hati kita. Itu yang utama dan patut diutamakan.


::: (@_@) :::

0 comments: