Monday, September 22, 2008

Muda-mudi



Matlamat utama persiapan pemuda pemudi Islam hari ini
ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah
(penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini
memerlukan para pemuda pemudi Islam bagi memindahkan
pimpinan umat dari tangan jahilliyah kepada pemikiran,
perundangan dan akhlak Islam. Menurut as-Syeikh Fathi
Yakan, pada hakikatnya usia muda seorang pemuda pemudi
ialah:-

§ usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi
§ usia yang mengalir darah yang gemuruh
§ usia yang tinggi idealisme yang luas
§ usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula
§ usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.
§ usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi
§ usia yang mengalir darah yang gemuruh
§ usia yang tinggi idealisme yang luas
§ usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula
§ usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.

Menurut Syeikh Yusuf Al-Qardawi pula, tanda-tanda
pemuda pemudi Islam yang unggul itu adalah suatu
generasi yang mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan
dengan jelas bagi sesiapa yang membaca al-Quran atau
mempelajari sunnah Nabawiyyah. Di antara sifat-sifat
unik generasi ini adalah:-

§ generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu
§ generasi amal dan membina jama’iy
§ generasi rabbani dan ikhlas
§ generasi yang bernasabkan Islam
§ generasi da’awah dan jihad
§ generasi dagang dan hidup bersama orang ramai
§ generasi gagah dan agung
§ generasi seimbang dan sederhana

Manakala menurut Syeikh Mohammad Ahmad ar-Rasyid,
terdapat beberapa kesilapan dan fitnah kehidupan yang
perlu diberi perhatian wajar oleh para pemuda pemudi
Islam. Ini adalah kerana kita sentiasa terdedah kepada
pelbagai tekanan luaran dan peristiwa yang
mempengaruhi secara beransur-ansur keatas iman
terhadap amal dan da’awah. Pengaruh luar ini ada dalam
pelbagai bentuk yakni ada yang mengugat aqidahnya,
akhlaknya, keluarganya dan sebagainya. Di antara
pengaruh-pengaruh ini adalah:



§ Gerakan dan propaganda yang menyebarkan keraguan dan
salah faham
terhadap Islam dan keunggulannya
§ Fitnah rakan sebaya yang jahat dan persekitaran yang
tidak sihat
§ Fitnah harta dan keluasan rezeki yang melimpah ruah
§ Fitnah ijazah dan pangkat
§ Fitnah wanita, isteri dan anak-anak

Beberapa langkah bagi meningkatkan kecemerlangan
pemuda pemudi Islam bagi mencapai qawamah (penguasaan)
Islam terhadap diri, keluarga, masyarakat dan dunia
ialah:-

§ Kenalpasti tahap kemampuan ada yang sebenar
§ Beri tumpuan kepada kekuatan-kekuatan ada
§ Tanamkan rasa percaya kepada diri sendiri
§ Sediakan diri anda untuk menjadi orang yang terbaik
§ Ambil pelajaran daripada kesilapan yang telah anda
lakukan
§ Belajar menerima teguran yang membina dan hiraukan
kritikan yang
remeh
§ Perakui kejayaan anda
§ Tetap merendah diri
§ Terus memperluaskan pengetahuan dan pemikiran ada
§ Bersyukur kepada Allah di atas apa yang diberikanNyaa

Jurudakwah Yang Tidak Gentar


Kekalahan umat Islam dalam perang Uhud menyebabkan bangkitnya kemarahan orang-orang badwi di sekitar Madinah untuk mencemuh dan mengungkit-ngungkit dendam lama yang sebelumnya sudah terpendam. Namun tanpa curiga sedikit pun Rasulullah memberikan sambutan baik atas kedatangan sekelompok pedagang Arab yang menyatakan keinginan sukunya hendak mendengar dan memeluk Islam. Untuk itu mereka meminta para jurudakwah dikirimkan ke kampung suku itu. Rasulullah s.a.w meluluskan. Enam orang sahabat yang alim diutus untuk melaksanakan tugas tersebut. Mereka berangkat bersama para pedagang Arab itu.
Di kampung Ar-Raji, dalam wilayah kekuasaan suku Huzail, para pedagang itu tiba-tiba melakukan pengurangan atas keenam sahabat Rasulullah s.a.w, sambil berseru meminta bantuan kaum Huzail. Keenam pendakwah itu dengan pantas menghunus senjata masing-masing dan siap mengadakan perlawanan, setelah insaf bahawa mereka tengah dijebak.
Para pedagang yang licik tadi berteriak, "Sabar saudara-saudara. Kami tidak bermaksud membunuh atau menganiayai kalian. Kami cuma mahu menangkap kalian untuk kami jual ke Makkah sebagai budak belian. Keenam sahabat Rasulullah s.a.w itu tahu nasib mereka bahkan lebih buruk daripada terbunuh dalam pertarungan tidak berimbang itu. Kerana mereka segera bertakbir seraya menyerang dengan tangkas.
Terjadilah pertempuran seru antara enam pendakwah berhati tulus dengan orang-orang yang beringas yang jumlanya jauh lebih besar. Pedang mereka ternyata cukup tajam. Beberapa orang lawan telah menjadi korban. Akhirnya tiga sahabat tertusuk musuh dan langsung gugur. Seorang lagi dibaling batu beramai-ramai hingga tewas. Bakinya tinggal dua orang; Zaid bin Addutsunah dan Khusaib bin Adi.
Apalah daya dua orang pejuang, betapa pun lincahnya perlawanan merek, menghadapi begitu banyak musuh yang tangguh ? Selang beberapa saat sesudah jatuhnya empat sahabat tadi, kedua orang itu dapat dilumpuhkan dan belenggu. Lalu mereka diangkut menuju pasar budak di Makkah. Zaid dibeli oleh Shafwan bin Umayyah. Ayah Shafwan, Umayyah bin Khalaf, adalah majikan Bilal dan Amir bin Fuhairah. Umayyah terkenal sangat kejam kepada budak-budaknya. Bilal pernah disalib di atas pasir dan dijemur di tengah teik matahari dengan badan ditindihi batu. Untung Bilal ditebus oleh Saiyidina Abu Bakar Assidiq dan dimerdekakan. Orang Habsyi ini kemudian terkenal sebagai sahabat dekat Rasulullah s.a.w. dan diangkat sebagai Muazin, tukang azan.
Dalam perang Badar, Umayyah bin Khalaf berhadap-hadapan dengan bekas budaknya itu. Dan Bilal berhasil membunuhnya dalam pertempuran yang sengit satu lawan satu. Adapun Khubaib bin Adi diambil oleh Uqbah bin Al-Harits dengan tujuan yang sama seperti maksud Shafwan membeli Zaid bin Abdutsunah. Iaitu untuk membalas dendam kebencian mereka kepada umat Islam.
Maka oleh orang-orang Quraisy, Zaid diseret menuju Tan'im, salah satu tempat untuk miqat umrah. DI sanalah Zaid akan dijalani hukuman pancung, buatkan sesuatu yang ia tidak pernah melakukannya, iaitu terbunuhnya Umayyah bin Khalaf, ayahanda Shafwan. Menjelang algojo menetak parangnya, pemimpin kaum Musyrikin Abu Sufyan bertanya garang, "Zaid bedebah, apakah engkau senang seandainya di tempatmu ini Muhammad, sedangkan engkau hidup tenteram bersama keluargamu di rumah ?"
"Janganlah begitu," bantah Zaid dengan keras. "Dalam keadaan begini pun aku tidak rela Rasulullah tertusuk duri kecil di rumahnya."
Abu Sufyan menjadi marah. "Bereskan," teriaknya kepada algojo. Dalam sekelip mata, sebilah parang berkilat di tengah terik matahari dan darah segar menyembur keluar. Zaid bin Abdutsunah gugur setelah kepalanya dipotong, menambah jumlah penghuni syurga dengan seorang syuhada' lagi. Di hati Abu Sufyan dan orang-orang Quraisy lainnya timbul kehairanan akan kesetiaan para sahabat kepada Muhammad. Sampai tergamam di bibir Abu Sufyan ucapan kagum, "Aku tidak perna menemukan seorang yang begitu dicintai para sahabat seperti Muhammad."
Sesudah selesai pemancungan Zaid, datang pula rombongan lain yang menyeret Khubaib bin Adi. Sesuai dengan hukum yang berlaku di seluruh Tanah Arab, kepada pesalah yang dijatuhi qisas mati diberikan hak untuk menyampaikan permintaan terakhir. Demikian juga Khubaib. Juru dakwah yang bestari ini meminta izin untuk solat sunnah dua rakaat. Permohonan tersebut dikabulkan. Dengan khusyuk dan tenang, seolah-olah dalam suasana aman tenteram tanpa ancaman kematian, Khubaib melaksanakan ibadahnya sampai selesai. Setelah salam dan mengangkat dua tangan, ia berkata, "Demi Allah. Andaikata bukan kerana takut disangka aku gentar menghadapi maut, maka solatku akan kulakukan lebih panjang."
Khubaib disalib dahulu lalu dihabisi sepertimana dilaksanakan ke atas Zaid bin Abdutsunah. Jasadnya telah lebur sebagaimana jenazah lima sahabatnya yang lain. Namun semangat dakwah mereka yang dilandasi keikhlasan untuk menyebarkan ajaran kebenaran takkan pernah padam dari permukaan bumi. Semangat itu terus bergema sehingga makin banyak jumlah pendakwah yang dengan kekuatan sendiri, atas biaya peribadi, menyelusup keluar-masuk pedalaman berbatu-batu karang atau berhutan-hutan belantara buat menyampaikan firman Tuhan menuju keselamatan

Saturday, September 20, 2008

UKHUWAH...................

Hari ini genap 20 hari umat Islam berpuasa. Tak terasa begitu cepatnya masa berjalan. Alih-alih hanya tinggal 10 hari saja lagi umat Islam akan berpuasa. Ini bermakna, umat Islam punya 10 hari saja untuk menggandakan dan mengumpul pahala amal kebajikan bulan Ramadhan.
Bila duduk bersendirian Bayu terasa ingin menulis pula. Tapi tak tahu mahu tulis mengenai apa. Ketika menyelak-nyelak buku conteng-conteng, Bayu terbaca tentang resepi untuk memelihara agar hubungan persahabatan dapat dijaga dan dikekalkan sehingga bila-bila. So, Bayu cuma sekadar nak berkongsi resepi menjaga hubungan silaturrahim dengan sahabat2.
Dalam menjalin dan mengekalkan hubungan persahabatan, Islam menghendaki kita supaya mengingati 2 perkara dan melupakan 2 perkara.
2 Perkara yang perlu diingat
a) Sentiasa mengingati kebaikan sahabat
b) Sentiasa mengingati kesalahan kita pada sahabat
2 Perkara yang perlu dilupakan
a) Sentiasa melupakan kebaikan kita pada sahabat
b) Sentiasa melupakan kesalahan sahabat

Friday, September 12, 2008

RAMADHAN


Ramadhan….
Engkau datang lagi. Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana masih mengizinkan Bayu untuk merasai lagi nikmat di bulan Ramadhan ini. Besarnya kasih Allah pada hambanya, begitu banyak kelebihan yang diberikan dalam bulan ini. Pahala yang berlipat ganda. Paling istimewa, ibadat puasa mendapat penilaian terus daripada Allah S.W.T. tanpa melalui perantara malaikat. Subhanallah!!!

Bulan ini bulan mentarbiahkan diri. Bulan melatih diri untuk membanyakkan amalan-amalan sunat. Kerana peluang sudah terbuka luas. Kerana pahala telah dijanjikan. Kerana tiada lagi gangguan daripada syaitan. Tinggal sekadar usaha diri melawan hawa nafsu.

Pun begitu, dalam menambah amalan sunat jangan sampai ibadat wajib terlengah. Kerana wajib tetap wajib. Biar amalan sunat itu sikit asalkan berterusan dan berkekalan. Banding dengan banyak namun cuma sekejap. Cuma jangan lupa ditingkatkan.

Thursday, September 11, 2008

KALAM PENA


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Lega rasanya dapat membuat blog sendiri setelah beberapa kali mencuba. Seronok!

Dapat meluahkan rasa yang selama ini terpendam jauh di lubuk jiwa.




12 Ramadhan.......bermakna dah 12 hari umat Islam mengerjakan ibadat puasa. Rindunya pada tanah kelahiran. 4 tahun...........4tahun Bayu berpuasa di negeri orang. Walau tidak banyak tetap juga ada perbezaannya. Bilakah waktunya Bayu dapat bersama keluarga menyempurnakan ibadat puasa? Bila agaknya???




Semalam....... Bayu bersama sahabat iftar secara berjemaah. Indahnya silaturrahim. Bergotong-royong dalam menyiapkan juadah untuk berbuka. Tak terasa pun lelahnya. Bekerja dengan gembira disulami dengan gurau senda......manisnya. Entah bilakah lagi saat ini akan berulang. Yang pastinya........Bayu akan berjauhan dari sahabat tidal lama lagi. Sedih.