Monday, June 27, 2011

Tiga Jenis Masa

KEMARIN adalah masa yang tidak akan berulang. Kita dah tak dapat nak putar semula masa untuk mengubahnya. Apa yang berlalu sudah berlalu. Tidak guna untuk menyesalinya.

ESOK adalah masa yang kita tidak ketahui. Adakah kita akan melaluinya ataupun kita mati.

HARI INI adalah hari yang kita sedang lalui. Jadi gunakanlah sebaik-baiknya untuk melakukan amal kebajikan. Kerana hari esok belum tentu lagi kita akan sampai padanya.

Friday, June 24, 2011

JOM gi BERSIH 2.0!!!!

Sunday, June 19, 2011

PERINGATAN : 4 Perkara

Telah Bersabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....

1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi 4 penarikan:

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.

Dari Ali r.a yang bermaksud:
Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:

1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:

Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua.
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati

Wednesday, February 23, 2011

Kebangkitan Kuasa Rakyat di Libya

Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengutuk dengan sekeras-kerasnya tindakan kejam pembunuhan ke atas ratusan rakyat Libya yang meyuarakan tuntutan hak mereka. Rakyat Libya yang tidak bersenjata telah turun ke jalan raya menuntut hak mereka yang dinafikan selama puluhan tahun. Tindakan pihak keselamatan kerajaan di bawah pimpinan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang telah menggunakan senjata berat ke atas rakyat yang menunjukkan perasaan mereka adalah tindakan tidak bertamadun dan tidak patut berlaku pada zaman moden ini.

Masyarakat antarabangsa, yang bermati-matian mempertahankan hak asasi manusia, demokrasi dan perundangan antarabangsa wajar untuk memberikan tekanan kepada kepimpinan negara Libya agar menghentikan segera kezaliman berkenaan dan menubuhkan badan siasatan bebas bagi menyiasat pembunuhan ini bagi memberi keadilan kepada mangsa-mangsa pembunuhan tentera dan polis Libya. Kepimpinan Libya yang telah menyekat hak rakyat selama puluhan tahun ini pula wajar untuk melepaskan jawatan dan mengembalikan demokrasi yang tulen kepada rakyat.

PAS bersama dengan gerakan Islam juga menyeru agar dunia barat tidak memandang serong terhadap peranan gerakan Islam dalam melakukan perubahan secara demokrasi. Dunia barat juga tidak wajar mengamalkan sikap double standard dalam mencadangkan penyelesaian kemelut di Asia Barat, kerana tindakan meminggirkan peranan gerakan Islam yang ingin bersama rakyat untuk melakukan perubahan secara demokrasi akan hanya merumitkan lagi penyelesaian ke arah keamanan sejati.


Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Selasa 19 Rabiul Awal 1432 / 22 Februari 2011

Sunday, February 6, 2011

Berita Dari Mesir

Egyptian-born cleric Sheikh Yussef al-Qaradawi talks during a news conference in Algiers March 28, 2007. Qardawi attended the fifth International Al-Quds conference in Algeria. REUTERS\Zohra Bensemra (ALGERIA)

Saya mengucapkan syabas kepada para pemuda yang menyertai siri-siri demonstrasi di atas keberanian, kecekalan, kemahuan dan sikap tidak berganjak mereka daripada lokasi-lokasi demonstrasi. Saya katakan kepada mereka, samada kamu menjadi orang-orang yang mulia dan bahagia, atau kamu mati sebagai para syuhada – Syaikh Yusuf al-Qaradhawi

Al-Qaradhawi : Rakyat Mesir wajib turun ke jalan raya, peserta demonstrasi mati syahid!

Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menyifatkan Presiden Mesir, Husni Mubarak sebagai ‘mula menyembelih rakyatnya sendiri’ selepas tercetusnya pertempuran berdarah antara penyokong presiden Mesir itu dan para peserta demonstrasi pada Rabu, 2 Februari 2011 di Medan Tahrir.

Beliau disifatkan sedemikian kerana pertempuran itu berlaku selepas 9 hari majoriti rakyat Mesir berdemonstrasi menuntut pengunduran Husni Mubarak daripada kerajaan.

Mubarak, menurut al-Qaradhawi lagi “telah mula menyembelih tanahairnya sendiri dan bertindak seperti tindakan Firaun serta menjadikan sebahagian rakyat Mesir berkuasa ke atas sebahagian yang lain”.
Syaikh al-Qaradhawi turut berdoa supaya Allah membebaskan rakyat Mesir daripada penderitaan mereka dan membebaskan mereka daripada ‘para taghut’.


Ketegasan dan kelantangan al-Qaradhawi

Ketegasan dan kelantangan Syaikh al-Qaradhawi berhubung situasi semasa di Mesir begitu terserlah apabila beliau, melalui stesen satelit al-Jazeera pada 2 Februari 2011, menegaskan adalah menjadi kemestian ke atas setiap rakyat Mesir menyertai ‘Perarakan Jutaan Umat’ yang akan diadakan pada jumaat depan.(4 Febuari 2010)

Perhimpunan tersebut yang akan diadakan bagi menguatkan tekanan ke atas Presiden Husni Mubarak, disifatkan oleh para peserta demonstrasi sebagai ‘Jumaat Pemutus’ yang merupakan kesinambungan kepada perarakan pada Jumaat lepas yang dinamakan sebagai‘Jumaat Kemarahan’.

Lebih daripada itu, Al-Qaradhawi yang tinggal dalam buangan di Qatar itu, menganggap bahawa “turun ke jalan raya khususnya hari Jumaat, untuk menyertai bantahan merupakan kewajipan syarak ke atas setiap yang mampu pergi ke tempat-tempat perhimpunan dan tidak ada keuzuran yang menghalangnya”.

Sehubungan itu, beliau menggesa para ulama al-Azhar dan lepasan universiti itu agar memimpin dan menyertai perarakan membantah kezaliman regim Husni Mubarak di seluruh Mesir.

Dalam ucapan yang ditujukan kepada Husni Mubarak, al-Qaradhawi memberi amaran kepada Presiden Mesir itu bahawa “kami akan menghadapi kamu dengan doa diwaktu sahur dan dengan setiap orang yang kusut rambutnya dan berdebu tubuh badannya yang jika dia berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan memperkenankan doanya”.

Beliau merujuk kepada hadis Nabi s.a.w yang memperihalkan kewujudan sebilangan manusia yang sangat mustajab doanya, meskipun mereka pada zahirnya kusut masai rambutnya dan berdebu tubuh badannya.
Sebagi ingatan kepada Mubarak, al-Qaradhawi menegaskan bahawa “doa orang yang dizalimi akan diangkat oleh Allah melepasi awan dan akan dibukakan untuknya pintu-pintu langit sambil Dia berkata, “demi keagungan dan ketinggianKu, Aku akan menolongmu walau pun selepas beberapa ketika”.
Peserta demonstrasi yang terbunuh mati syahid

Di akhir ucapannya, al-Qaradhawi memperlihatkan sikap dan pandangannya berhubung rakyat Mesir yang menyertai demonstrasi membantah regim Mubarak dan kedudukan mereka yang terbunuh dalam demonstrasi tersebut pada pandangan syarak.

Dalam ucapan yang ditujukan kepada para pemuda yang menggerakkan demonstrasi di Mesir, al-Qaradhawi menyatakan, “saya mengucapkan syabas kepada para pemuda yang menyertai siri-siri demonstrasi di atas keberanian, kecekalan, kemahuan dan sikap tidak berganjak mereka daripada lokasi-lokasi demonstrasi. Saya katakan kepada mereka, samada kamu menjadi orang-orang yang mulia dan bahagia, atau kamu mati sebagai para syuhada’”.

Terdahulu, dalam perutusan khas, al-Qaradhawi di atas nama Kesatuan Ulama Islam Sedunia, memfatwakan bahawa rakyat Mesir yang terbunuh dalam tunjuk perasaan di Mesir sebagai mati syahid.
Asas kepada fatwa ini ialah hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, “sebaik-baik orang-orang yang mati syahid ialah Hamzah r.a dan seorang lelaki yang pergi kepada pemimpin yang zalim, lantas menyuruhnya melakukan makruf dan menegahnya dari kemungkaran, lantas dia dibunuh”.

Perutusan ini disiarkan oleh laman rasmi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, iumsonline.net.
Difahami daripada fatwa ini, rakyat Mesir yang berdemonstrasi membantah regim Mubarak, pada hakikatnya sama seperti seorang yang tampil membantah pemimpin yang zalim yang mengakibatkannya dibunuh, seperti yang disebutkan dalam hadis yang dinyatakan.

Sumber: http://warisansemasa.blogspot.com/


__._,_.___
Mesej daripada Mesir Mendesak
Untuk semua orang di dunia



Orang-orang di Mesir dikepung kerajaan. rejim Mubarak yang melarang Facebook, Twitter, dan semua laman web popular yang lain Sekarang, internet benar-benar disekat di Mesir. Besok kerajaan akan menyekat rangkaian telefon bimbit 3 akan benar-benar disekat. Dan ada berita bahawa sambungan telefon rumah telefon akan dipotong besok, untuk mengelakkan agensi berita daripada yang berikut apa yang akan terjadi.

bandar Suez sudah dikepung sekarang. Kerajaan memotong bekalan air dan elektrik, orang, termasuk, anak-anak dan lansia menderita di sana sekarang. Para pesakit di rumah sakit tidak boleh mendapatkan rawatan perubatan kecemasan. Para pengunjuk rasa terluka tergeletak di jalanan dan polis anti huru-hara yang menghalang orang dari membantu mereka. Keluarga para demonstran terbunuh tidak boleh mendapatkan jenazah anak-anak mereka untuk menguburkan mereka. Gambar ini adalah sama di utara Saini (El-Sheikh zoyad bandar) dan di Mesir barat (Al-Salom). Polis anti huru-hara adalah menindak pengunjuk rasa di Ismailia, Alexandria, Fayoum, Shbin Elkoum, dan Kaherah, ibu negara, di banyak lingkungan di seluruh bandar.

Kerajaan sedang mempersiapkan untuk tindakan keras terhadap para pengunjuk rasa di semua bandar Mesir. Mereka menggunakan gas air mata bom, getah dan pullets plastik, bahan kimia seperti gas mustard mencairkan terhadap demonstran. Beberapa pengunjuk rasa hari ini telah tewas ketika kenderaan lapis baja dari polis anti huru hara menghentam mereka. Pejabat berpakaian preman membawa pisau dan pisau yang digunakan untuk menggerunkan pengunjuk rasa. Preman digunakan oleh Jabatan Dalam Negeri Mesir yang berkeliaran di jalan-jalan Kaherah, membakar kereta-roda sebagai alat propaganda hitam untuk membusukan demonstran dan membenarkan pemukulan polisi dan negara penyeksaan

Semua ini telah terjadi selama tiga hari terakhir selama demonstrasi damai di Kaherah dan kota-kota lain. Sekarang, dengan diam curiga terhadap media tempatan dan kurangnya liputan dari media antarabangsa, Mubarak dan gengnya menghalang semua saluran yang boleh memberitahu dunia tentang apa yang terjadi.

Orang-orang yang menyeru kebebasan mereka memerlukan sokongan dan bantuan. Adakah anda memberi mereka tangan?

Para aktivis membanjiri bersih (youtube dan laman web lain) dengan ribuan gambar dan video yang memperlihatkan rusuhan polis menembak orang-orang tanpa senjata. Polis mula menggunakan peluru terhadap demonstran. gadis berusia 15 tahun telah tercedera dan seorang lelaki 25 tahun telah ditembak di mulut. Sementara apa-apa tentang ini telah muncul di media, ada lebih banyak terjadi besok. Adakah anda akan tetap diam? Adakah anda tutup mulut apabila melihat semua kekejaman dan tindakan tidak berperikemanusiaan?

Kami tidak meminta banyak, hanya siaran apa yang terjadi

Ditulis oleh: Hussien Mariam

Friday, March 19, 2010

Manusia Sebaik-baik Ciptaan


Perkongsian dari peserta yg menghadiri program Sains & Quran(tak tau dimana/penganjur)
Ustazah, kenapa orang selalu pilih-pilih surah untuk dibaca dan dijadikan amalan. Kenapa mereka tidak membaca dan mengamalkan keseluruhan alQuran? Sedangkan Allah suruh kita beriman dengan keseluruhan alQuran.Ana peliklah, Ustazah.."


Sudah hampir dua tahun soalan itu diaju, namun, ia masih terngiang-ngiang di telinga. Entah mengapa, jawapan yang diberikan masih tidak memuaskan hati ini. Barangkali, bukti yang lebih kukuh akan membuatkan ana lebih berpuas. Dan semalam, ana pergi ke Program RK-i.


Sepanjang program tersebut, ana tertarik dengan satu topik yang dibincangkan bersama penceramah." Allah mengatakan manusia adalah sebaik-baik ciptaan (AQ; atTin : 4 ). Mengapa Allah berfirman begitu?Baiklah, manusia terdiri daripada sel, kemudian membentuk tisu, kemudian organ dan akhirnya tubuh. Sel-sel terbentuk daripada atom (unsur-unsur) . Semasa di sekolah dahulu,bagi mereka yang mengambil subjek kimia, kita ada belajar Jadual Berkala Unsur. (PERIODIC TABLE) -Ada berapa unsur dalam alam ini?"


" 114.. " jawab beberapa peserta." Ya, 114 unsur. Kesemua unsur ini ada dalam tubuh manusia. Kalsium? Ada pada tulang. Phosporus, Nitrogen, Besi, Kumprum, Zink , Nitrogen? Semuanya ada dalam tubuh manusia. Sebab itu, Allah mengatakan bahawa adalah sebaik-baik ciptaan. Sebab semua yang ada dalam alam ini, ada pada tubuh manusia."


" Tetapi, doktor, bagaimana pula dengan teori Darwin? Dia mengatakan manusia berasal daripada monyet? " seorang peserta mencelah." Ha! Manusia ada 114 unsur. Monyet hanya ada 67 unsur dalam badan. Kalau Darwin kata kita dari monyet, dari mana datangnya lagi 47 unsur tu? Ada scientist kata, manusia serupa seperti tikus. Tetapi, tikus hanya ada 17 unsur. Malaikat dan syaitan, masing-masing 1 unsur. Malaikat terdiri daripada unsur cahaya dan syaitan terdiri daripada unsur api. Jadi, manusia ini, memang sebaik-baik ciptaan, sebab Allah menjadikan kita paling banyak unsur dan kesemua unsur itu ada ada alam dan tubuh kita. "


" Apa gunanya kesemua 114 unsur itu, doktor? " perserta lain pula mencelah." Bayangkan, jika 1 unsur (atom) dalam tubuh kita tiada, sel tidak akan dapat membentuk tisu dan juga organ. Bila organ tiada, bagaimana kita dapat menjalani hidup ini sebaiknya? Firman Allah dalam ayat seterusnya, ayat 5 dan 6 ;

Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, (5) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus( 6).


Maka, bagaimana kita mahu menggunakan kesemua unsur ini dengan sebaiknya? Kerana unsur ini akan gugur jika disalahgunakan dan tidak dijaga. Jadi, sekarang, semua sudah maklum bahawa tubuh manusia mengandungi 114 unsur. Bilangan unsur ini sama dengan bilangan surah dalam alQuran. Setuju? "


" Ya, 114 surah! "


" Maka, untuk memelihara kesemua unsur ini, kita perlu membaca keseluruhan alQuran. Kerana setiap surah dalam alQuran mempunyai kelebihan untuk mengekalkan unsur ini dalam tubuh kita. Misalnya, ayat Kursi berkait tentang unsur oksigen. Surah Yaa Sin berkait dengan unsur nitrogen dan sebagainya. Maka, kita tidak boleh mengatakan bahawa surah sekian-sekian begini, bagus diamalkan. Kita perlu ingat, alQuran adalah kalam Allah dan semua yang terkandung dalamnya bagus. Jadi, untuk mengekalkan unsur dan tubuh kita ini, kita perlu mengaji setiap hari. Bacalah keseluruhan alQuran, untuk mengekalkan unsur dalam tubuh kita. Dan secara automatik, kita akan menjadi manusia yang hebat!


"Subhanallah. . Terasa puas hati ini apabila mendengar penerangan tersebut. Ternyata, Allah menyuruh kita beriman dengan keseluruhan alQuran kerana bilangan unsur dalam tubuh kita dan surah dalam alQuran sama! Sungguh, Allah itu alKhaliq! Allahuakbar! Renung-renungkanlah , dah berapa kali kita khatam Al-Quran dalam hidup ini. Dah berapa tahun kita hidup? 14?15?16?17? tapi baru berapa kali je kita khatam? Hish... kata nak masuk syurga~ ;-)


wallahua'lam.

Raha Mohd Daud

Wednesday, February 24, 2010

Becareful With What U Eat

Adakah kita tahu dan yakin bahawa makanan yang kita makan setiap hari adalah halal. Bayu ada menerima emel dari kawan yang memberikan maklumat tentang kod-kod bg lemak babi yang terkandung di dalam makanan. Di sini bayu menyertakannya agar semua dapat menjadikannya sebagai rujukan ketika membeli makakan.