Thursday, August 27, 2009

Puasa Oh Puasa


Terkejut besar bayu bila sepupu bayu menceritakan tentang segelintir pekerja wanita di tempat kerja bayu dengan selambanya membawa makanan masing2 ke kantin dan makan. Biar betul mereka ini... First time bayu dengar adanya golongan yang sebegini, dengan berani dan tidak malu langsung, menyertai orang bukan Islam di situ. Bayu juga turut berasa malu dengan kegiatan mereka. Lagi-lagi bila kawan2 bukan Islam bayu mula bertanya. 'Kenapa Kak A tu x puasa? Sejak dulu lagi dia x pernah puasa?' soal Via kawan bayu... Bayu diam, berfikir nak jawab apa. Kenalah bagi jawapan yang tidak memalukan sesiapa. Itu baru 1 kes, ada ramai lagi yang tak puasa dan terang-terangan makan di kantin. Bayu berfikir, 'inikah budaya orang Islam di sini? Tidak malukah mereka dengan orang Islam dan bukan Islam yang melihat aktiviti mereka itu? Tidakkah mereka diajar supaya walau pun dalam keadaan haid, mereka tidak sepatutnya menunjuk2 makan di khalayak ramai?

Teringat bayu masa kecik2 dulu. Ibu bayu walau pun tidak berpuasa, dia tidak pernah makan dihadapan kami, memang ibu bayu tak makan pun. Cuma minum jer, itu pun time kami x nampak. Itulah yang bayu belajar dari rumah. Jangan makan depan orang lain di bulan Ramadhan. Sebagai tanda menghormati orang yang berpuasa dan menghormati bulan Ramadhan yang mulia. Ibu memang lah tak cakap dengan bayu, tapi bayu belajar dari amalan dan budaya di rumah.

0 comments: