Monday, September 14, 2009

SaLAm aIDilFiTRi

Ramadhan tinggal beberapa hari saja lagi. Bayu pula akan pulang ke kampung untuk beraya. Tak sabar rasanya. Seingat bayu, sejak mula study di Kedah dulu, tak pernah sekali pun bayu menyambut raya puasa bersama keluarga. Asyik2 pergi tumpang rumah dan negeri orang untuk beraya. Pulang ke Sabah pun, rasanya ini kali pertama selepas dua tahun. Sebab tu rasa excite sangat nak balik.


Justeru itu, dikesempatan ini bayu ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua sahabat2 dan pembaca blog ini. Ampun dipinta andai ada salah dan silap serta kekasaran sama ada dilakukan secara sengaja atau tidak. Semoga kalian semua berbahagia di hari yang mulia itu nanti.

0 comments: