Wednesday, October 8, 2008

AYAT KURSI Vs MAKHLUK HALUS

"Semalam aku tak ble tidur lagi. 'Benda' tu datang tindih badan aku." adu Ina pada kami pagi itu. sememangnya dia acapkali mengalami perkara tersebut.
"Kenapa aku yang selalu kena? Korang tak alami apa2 ke?"
"Tak. Aku ok je malam tadi. Siap mimpi indah lagi," balas Zura dengan nada bergurau. Pun begitu masing2 sibuk bersiap untuk ke sekolah.
"Tulah engkau. Sebelum tidur tu basuhlah kaki dulu. paling baik ambik air wudhuk. Barulah tak alami perkara2 buruk." sambung Zura lagi.
"Betul cakap Zura tu, Ina", sokongku. "Kalau dah nak tidur tu, bacalah doa dulu. Baca tiga kul ke...........ayat kursi ke....... ni tidak, letak je kepala atas bantal terus kau tidur."
"Dah......... aku dah buat dah. Semalam sebelum tidur aku ambil wudhuk, pastu baca ayat kursi dan 3 Kul. Tapi aku kena jugak! Tengoklah semalam........."

Aku dan Zura berpandangan. Pelik. Ishh.........takkanlah dah baca ayat2 tu masih kena kacau jugak. Kami tak tahu nak jawap apa lagi. Maklumlah, pengetahuan agama pun cetek. nak cakap lebih2 takut banyak yang silap dari yang betulnya.

Aku tidak dapat cari jawapan pada persoalan ini. Sehinggalah aku berada di tahun akhir di universiti. Aku tidak ingat di mana aku mendengar hal ini. Namun yang pasti ia telah menjawap persoalan yang telah pun aku lupakan.

'Dah baca ayat Kursi dan 3 Kul tapi kawanku itu masih lagi diganggu oleh 'benda' tu. Kenapa ya?'

"Apabila membaca ayat Kursi ataupun 3 Kul serta doa sebelum tidur, kita mestilah meletakkan keyakinan sepenuhnya pada ALLAH untuk melindungi kita daripada sebarang gangguan makhluk2-Nya. Kita jangan sekali-kali merasa ragu2 ataupun bergantung pada ayat-ayat dan doa yang dibaca. Bergantunglah sepenuhnya pada Yang Esa. Kerana Dialah merupakan tempat sebaik-baik pergantungan".

Saturday, October 4, 2008

IKTIBAR@LAWAK

Di sini bayu ingin menceritakan sebuah kisah lucu tetapi mengandungi satu peringatan dan pengajaran yang cukup besar serta bermakna. Kisahnya lebih kurang macam ni……….

Suatu hari ketika Imam Hanafi (kalau tak silap) sedang berada di rumahnya, beliau telah didatangi oleh seorang penduduk kampong. Penduduk tersebut dating untuk mendapatkan nasihat dan pandangan daripada Imam Hanafi untuk menyelesaikan masalahnya.
“Assalamualaikum……..” penduduk kampong tersebut memberi salam.
“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh” jawab Imam Hanafi. “Ada apa datang ke sini?”
“Saya ada masalah tuan. Mohon tuan dapat menyelesaikan masalah yang saya hadapi.” Beritahu penduduk kampong tersebut.
“Masalah apa yang saudara hadapi. Insya-Allah, saya sedia membantu apa yang terdaya.”
“Macam ni…. Saya pernah menanam selonggok harta milik saya dulu. Namun sekarang saya telah terlupa di mana tempat saya menanam harta tersebut. Bolehkah tuan membantu saya mengesan tempat harta tersebut?”
“Jika saudara datang untuk minta penyelesaian tentang hukum2 fiqh, mungkin saya dapat membantu, tapi masalah saudara ini di luar bidang pengetahuan saya.”
“Jadi……apa yang perlu saya lakukan tuan. Tuan sajalah tempat saya dapatkan bantuan.” Mohon penduduk kampong itu pada Imam Hanafi.
Setelah lama terdiam, Imam Hanafi pun bersuara, “Macam nilah. Bagi saya masa tiga hari untuk memikirkannya”

Setelah mendengar jawapan Imam Hanafi, penduduk kampong tersebut kembali ke rumahnya. Tiga hari berlalu, penduduk kampong itu datang semula ke rumah Imam Hanafi.

“Bagaimana tuan. Adakah tuan telah menemukan jawapannya?” penduduk kampong itu bertanya dengan tidak sabar.
“Begini…………saudara pulanglah ke rumah dan kerjakanlah solat sebanyak mungkin sehingga saudara ingat kembali tempat harta saudara tanam.”
“Bolehkah saya mengingati tampat harta tersebut dengan hanya bersolat tuan?”
“Insya-Allah”

Maka kembalilah penduduk kampong itu ke rumahnya untuk mengerjakan solat. Tidak lama kemudian penduduk kampong itu datang semula ke rumah Imam Hanafi dengan wajah yang berseri-seri.

“Bagaimana….sudahkah kamu mengetahui tempat harta yang saudara tanam itu?” tanya Imam Hanafi.
“Sudah tuan. Selepas mengerjakan solat dua rakaat, saya dah dapat mengingati tempat tersebut.”
Imam Hanafi mengangguk-angguk mendengar jawapan tersebut.
“Tapi tuan, bagaimana tuan tahu saya dapat mengingati tempat tanaman harta tersebut dengan mengerjakan solat?”tanya penduduk kampong ingin tahu. Imam Hanafi Cuma tersenyum.

Apa yang kita boleh jadikan iktibar dari peristiwa ini? Begitulah kita manusia, apabila mengerjakan solat, kita selalu memikirkan hal2 dunia terutama tentang harta. Dan syaitan pula sudah pasti akan sentiasa membantu kita untuk mengingati harta dunia. Bijaksananya Imam Hanafi dapat menemukan jalan penyelesaian bagi masalah tersebut sekaligus mengandungi satu sindiran yang cukup bermakna untuk kita jadikan tauladan dan peringatan.

Wassalam………………….;-)