Raya
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Puji-pujian hanya bagi Allah yang telah mengizinkan bayu untuk pulang berhari raya bersama keluarga. Hati gembira tak terkata. Bertemu mak dan bapa yang telah lama tidak berjumpa. Walau sekejap cuma, namun tetap bererti. Sejak tiba di rumah pada 17 september, hari bayu dipenuhi pelbagai aktiviti sehingga bayu terlupa untuk menghubungi sahabat2. Maafkan ku teman. Semoga kalian berbahagia di samping keluarga. Dan....pada raya kali ini, bayu rasakan ada perbezaan pada diri bayu. Ya......bayu begitu ramah menjemput jiran tetangga dan saudara mara untuk dtg berziarah ke rumah. Dan kali ini juga, kerana terlalu banyak rumah yg diziarah, kaki bayu sampai melecet. Jika bukan kerana majlis konvo pada minggu akan dtgnya, sudah pasti bayu tidak pergi ke semenanjung semula. Memikirkan itu, bayu memaksa diri walau terpaksa berjalan terhencut2.
Mina Sah Menjadi Isteri
Pada hari raya kelima, sahabat baik bayu Siti Amina binti Soga selamat diijabkabulkan dengan suaminya di Masjid Al-Kauthar, Tawau. Semoga kau berbahagia sahabatku. Dan semoga rahmat Allah sentiasa memayungi 'masjid' yang dibina.
Konvo
Niat di hati juga........ ingin menjemput mak dan bapa untuk hadir ke majlis konvo pada 4 oktober ini. Walaupun harapan cuma 50% atau pun........ 30% saja, harapan tetap diluahkan agar mereka hadir. Ah.....jangkaan bayu tidak meleset langsung. Mak dan bapa tidak dapat hadir. Walau ada sedikit rasa kecewa, namun bayu berjaya memujuk hati, kerana bayu memang sangat mengerti kemampuan keluarga. Tidak mengapalah. Itulah suratan yang telah tertulis.

0 comments:
Post a Comment