Thursday, December 25, 2008

Selamat Tahun Baru

Happy Maal Hijrah!!
Buat semua sahabat-sahabat sekalian. Jangan lupa bina azam dan matlamat baru.
Perbetulkan niat. Rancang dengan teliti segala agenda diri.
Semoga berjaya. Gambatteyo!!


Buat diri sendiri dan sahabat yang dikasihi.......
Kita selalu mendengar kata-kata ahli falsafah;
'Kita bukan merancang untuk gagal, tetapi kita gagal untuk merancang.'
tapi bayu nak ubah sedikit ayat tersebut yang rasanya memang selalu kita buat.
"Kita bukan merancang untuk gagal dan kita bukan gagal untuk merancang, tetapi kita gagal untuk melaksanakan rancangan yang telah disusun rapi"
Begitulah lumrah manusia. Kadang-kadang kita akan tersasar dari perancangan. Kerana kita selalu leka dan alpa. Lalai serta lupa diri.
Kita juga perlu ingat, 'rancangan Allah itulah yang terbaik'. Ayat ini adalah untuk
mereka yang telah berusaha melaksanakan rancangannya dengan sebaik mungkin.
Bukannya disengajakan. Dan bukan diadakan sebagai alasan.

Teringat kata-kata yang cikgu Add Math selalu sebut dulu;
'Orang yang malas mencari alasan, sebaliknya orang yang rajin mencari jalan'

Hikmah Cara Makan Rasulullah



Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-




1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? - Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.




2. Cara Rasulullah mengunyah- Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.




3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.




4. Cara Rasulullah minum. -Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.




Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran > tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannyadirejam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.




Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.




Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah


TOLONG SEBARKAN DAN JADIKAN AMALAN BERGUNA.... BAGUS NI...




"Dan tiadalah yang berputus asa pada rahmat ALLAH kecali kaum yang kafir."WALLAHUALAM.




Copy paste from PC. (tak tau sape yg tulis)

Monday, December 15, 2008

Senaman 4 Hawa

Dengan pelbagai tawaran alat solek di pasaran. Bagaimana pun, untuk mengekalkan kegadisan memerlukan latihan senaman yang berterusan di samping mengamalkan minuman pati herba tertentu. Senaman kucing antara yang dikenal pasti untuk mengekalkan `kegadisan' seorang wanita.
Jika dilakukan setiap hari, ia membantu membetulkan alat peranakan yang mengalami perubahan atau kecederaan akibat bersalin, faktor usia, berjoging ataupun kerap menghentakkan tubuh.

1) Meniarap dan luruskan tubuh dan regang sekuat-kuatnya untuk meredakan otot-otot yang tegang.

2) Senaman kucing - daripada meniarap bangun perlahan-lahan dan rapatkan paha sambil menarik nafas perlahan-lahan. Kekerapan mengamalkan latihan kemutan membantu mengetatkan vagina dan menguatkan otot-otot peranakan.

3) Duduk bersimpuh dan silangkan kaki, tekan paha kanan ke atas paha kiri sambil berpusing ke belakang perlahan-lahan. Ubah kedudukan kepada kaki dan lakukan perkara yang sama. Rasakan regangan yang melegakan di bahagian pinggang dan bahu.

4) Air minuman campuran kunyit hendaklah diminum dengan cara menekan ibu jari kanan ke atas ibu jari kaki kiri dan mulakan dengan selawat. Cara ini mampu mengecutkan otot-otot bahagian vagina dan punggung.

5) Sambil berehat di rumah, panaskan tunku. Letakkan bahagian tapak kaki ke atas tunku yang mampu melancarkan perjalanan darah ke seluruh tubuh. Terutamanya ke bahagian peranakan agar sentiasa kemas dan mantap.


Copy from Komuniti Muslimah.

Anakku Yang Dikasihi


Anakku...

yang dikasihi,Tanpa kita sedari terlalu cepat masa berlalu dan kau yang suatu ktika dulu masih kecil,manja dalam pelukan ummi, kini telah menjadi gadis remaja dan telah mula belajar erti hidup.Zaman yang kau lalui dan alami kini adalah zaman yang penuh pancaroba, penuh dugaan dan cabaran.Cabaran yang sering mengganggu iman dan hatimu, perasaan dan nafsumu, kewibawaan dan tugas-tugasmu.Ketika inilah kau, kau ingin merasai semua keadaan, semua kenikmatan hidup. Kau ingin menjadi manusia yang dipuja dan disanjung ramai.Kau ingin disayangi dan menyayangi.
Anakku...

Jika tiada iman,nescaya lunturlah segala kekuatan, hancurlah segala kebaikan. Oleh itu, ummi berpesan agar betullah kau dalam berfikir dan bertindak, batasilah kehendakmu dengan rasa takut pada Allah kerana tidak ada orang yang tidak dicatat amal dosanya, yidak ada orang yang terkecuali, termasuk kau. Pernah seorang soleh berkata,"seorang remaja jika dapat melalui cabaran di zamannya dengan baik, tenang dan penuh kebaikan, mampu menolak kehendak-kehendak nafsu, maka percayalah dia manusia yang paling berjaya, selama hidupnya. Manakala seorang pemuda yang gagal menggunakan zaman remajanya untuk mencari kebaikan, rugilah ia dan celakalah hidupnya esok dan akan datang".
Wahai anakku,

Seringkali ummi menangis, melihat perubahanmu.Dulu, kau tidak begini. Kau seorang yang taat pada perintah ibu, yang cukup malu bila auratmu terdedah, walaupun ditiup angin. Kau amat teliti dalammenjaga solat-solatmu dan kau cukup suka bila ummi ceritakan tentang ketokohan wanita-wanita dahulu dan anakku, ibu tanam satu harapan padamu, kiranya bila kau besar nanti, kau akan menjadi orang solehah
Anakku...

Wanita itu dijadikan Allah penuh keindahan,unik dan menakjubkan.Pandai-pandailah kau hargai nikmat itu. Jikapun kau cantik,anakku, tak ke mana cantikmu itu. Jangan biarkan kau dikuasai rasa takjub, bangga atas keindahan wajahmu. Masih terlalu ramai yang mempunyai kelebihan mengatasi dirimu. Usah kau permainkan perasaan lelaki atas kejelitaan wajahmu. Jagailah, syukurilah dan takutlah kepada Allah atas balasan azab yang dijanjikan untuk mereka yang berdosa. Jagailah auratmu sentiasa terutama apabila berurusan dengan lelaki. Tanamkan rasa malu di hatimu. Tanamkan sifat sombong dan penakut pada lelaki yang bukan muhrimmu. Biarlah kau dipandang mata tidak secantik bunga lily yang bangun bagai pelangi di cakerawala asalkan kau dapat pertahankan panggilan wanita solehah di sisi Allah. Dan tentunya kau dipandang paling cantik di sampingNya.
Anakku...

Kau berpakaian anakku sebenarnya untuk menutup kulitmu, untuk melindungi bentuk badanmu daripada pandangan lelaki jalanan. Oleh itu, pakaianmu hendaklah longgar, tidak nipis dan satu lagi syarat anakku, pakaian mu itu tidak menyerupai pakaian wanita-wanita kafir dan musyrik. Perhatikan hadith ini..."Sesungguhnya antara penduduk neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang(pakaiannya tidak berfungsi sebagai alat untuk menutup aurat), perempuan-perempuan yang condong kepada maksiat dan berusaha menarik orang lain melakukan maksiat. Mereka ini tidak mungkin akan masuk syurga selama-lamanya dan tak akan dapat mencium baunya selama-lamanya. Jangan kau merasakan dirimu terlalu gagah hingga kau sanggup melanggar hukum-hukum Allah, penciptamu dengan sengaja. Apatah lagi jika melanggar peraturannya dengan rasa bangga dan sombong, inkarmu terhadap hukum-hukum itu, samalah maknanya kau melawan Tuhanmu, sedangkan kau cuma seorang hamba dan Allah itu Tuhanmu, Maha Memiliki segala isi langit dan bumi.
Anakku Sayang...

Sabarlah dalam melaksana perintah-perintah Allah biarpun kau merasakan ianya berat. Setiap arahan Allah itu tak ada yang sia-sia. Sesungguhnya Allah tak pernah memberati hambaNya apatah lagi menzaliminya. Sabar yang kau lakukan nescaya dilihat Allah, dan Dia pastinya akan mengurniakan buatmu ganjaran pahala yang besar. Tanamkan rasa kasih pada Allah wahai anakku. Bila kau menyayangi seseorang, tentunya segala perintahnya akan kau turuti tanpa bantahan. Begitulah dengan perintah Allah, turutilah wahai anakku, ikutilah tanpa protes. Moga kau dikurniakan kekuatan untuk mengikut langka-langkah yang diredhai Allah. Itulah doa dan harapan ummi...

Sunday, December 14, 2008

15 Des. 2008 - Hari Pertama

Alhamdulillah.........

Ni hari pertama bayu bt praktikal. Hmm....... semua ok. Waktu mula-mula sampai td, nervous gak. Risau pun ada. Takut.... semua bercampur-campur. Maklumla...... first time turun padang.

Tapi.....bila da jumpa...... semuanya ok dan baik-baik belaka. Mesra. Alhamdulillah.

Mmmmm.....da lama bayu tak isi blog ni. Kosong aje. INSYAALLAH dalam masa terdekat ni akan diusahakan untuk 'add' info yang bayu ada. Semoga usaha bayu tidak luntur untuk terus berkongsi ilmu dengan semua pembaca-pembaca yang membuka blog ini.

'Pena itu lebih tajam daripada mata pedang'