Saturday, October 4, 2008

IKTIBAR@LAWAK

Di sini bayu ingin menceritakan sebuah kisah lucu tetapi mengandungi satu peringatan dan pengajaran yang cukup besar serta bermakna. Kisahnya lebih kurang macam ni……….

Suatu hari ketika Imam Hanafi (kalau tak silap) sedang berada di rumahnya, beliau telah didatangi oleh seorang penduduk kampong. Penduduk tersebut dating untuk mendapatkan nasihat dan pandangan daripada Imam Hanafi untuk menyelesaikan masalahnya.
“Assalamualaikum……..” penduduk kampong tersebut memberi salam.
“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh” jawab Imam Hanafi. “Ada apa datang ke sini?”
“Saya ada masalah tuan. Mohon tuan dapat menyelesaikan masalah yang saya hadapi.” Beritahu penduduk kampong tersebut.
“Masalah apa yang saudara hadapi. Insya-Allah, saya sedia membantu apa yang terdaya.”
“Macam ni…. Saya pernah menanam selonggok harta milik saya dulu. Namun sekarang saya telah terlupa di mana tempat saya menanam harta tersebut. Bolehkah tuan membantu saya mengesan tempat harta tersebut?”
“Jika saudara datang untuk minta penyelesaian tentang hukum2 fiqh, mungkin saya dapat membantu, tapi masalah saudara ini di luar bidang pengetahuan saya.”
“Jadi……apa yang perlu saya lakukan tuan. Tuan sajalah tempat saya dapatkan bantuan.” Mohon penduduk kampong itu pada Imam Hanafi.
Setelah lama terdiam, Imam Hanafi pun bersuara, “Macam nilah. Bagi saya masa tiga hari untuk memikirkannya”

Setelah mendengar jawapan Imam Hanafi, penduduk kampong tersebut kembali ke rumahnya. Tiga hari berlalu, penduduk kampong itu datang semula ke rumah Imam Hanafi.

“Bagaimana tuan. Adakah tuan telah menemukan jawapannya?” penduduk kampong itu bertanya dengan tidak sabar.
“Begini…………saudara pulanglah ke rumah dan kerjakanlah solat sebanyak mungkin sehingga saudara ingat kembali tempat harta saudara tanam.”
“Bolehkah saya mengingati tampat harta tersebut dengan hanya bersolat tuan?”
“Insya-Allah”

Maka kembalilah penduduk kampong itu ke rumahnya untuk mengerjakan solat. Tidak lama kemudian penduduk kampong itu datang semula ke rumah Imam Hanafi dengan wajah yang berseri-seri.

“Bagaimana….sudahkah kamu mengetahui tempat harta yang saudara tanam itu?” tanya Imam Hanafi.
“Sudah tuan. Selepas mengerjakan solat dua rakaat, saya dah dapat mengingati tempat tersebut.”
Imam Hanafi mengangguk-angguk mendengar jawapan tersebut.
“Tapi tuan, bagaimana tuan tahu saya dapat mengingati tempat tanaman harta tersebut dengan mengerjakan solat?”tanya penduduk kampong ingin tahu. Imam Hanafi Cuma tersenyum.

Apa yang kita boleh jadikan iktibar dari peristiwa ini? Begitulah kita manusia, apabila mengerjakan solat, kita selalu memikirkan hal2 dunia terutama tentang harta. Dan syaitan pula sudah pasti akan sentiasa membantu kita untuk mengingati harta dunia. Bijaksananya Imam Hanafi dapat menemukan jalan penyelesaian bagi masalah tersebut sekaligus mengandungi satu sindiran yang cukup bermakna untuk kita jadikan tauladan dan peringatan.

Wassalam………………….;-)

0 comments: